Pages

Wednesday, 21 December 2016

Tayar Pesawat Flight AirAsia AK12 Pecah Ketika Mendarat Di KLIA2

Tayar Pesawat Flight AirAsia AK12 Pecah Ketika Mendarat Di KLIA2

enumpang pesawat AirAsia jenias AK12 yang baru tiba dari Chennai, India awal pagi tadi mengalami detik cemas selepas dua tayar pesawat yang dinaiki mereka pecah sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), lapor Harian Metro.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak AirAsia, kejadian pesawat berkenaan sedang mendarat di landasan 33.

"Semua penumpang dan anak kapal selamat, serta sudah dikeluarkan dari pesawat berkenaan.

"Kami memohon maaf di atas kejadian itu, dan ketidakselesaan yang dialami oleh semua tetamu kami,"katanya.

Akibat kejadian itu, landasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih. - Siakapkeli.my







HOTTT!! EASY TECHNIC TO GET MONEY WITH PRINTING BUSINESS.CLICK BANNER BELOW

Tuesday, 20 December 2016

(Video) Melecur Selepas Makan Biskut Berasap(Dragon Breath)

(Video) Melecur Selepas Makan Biskut Berasap(Dragon Breath)


Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur tapak tangan dan mengadu rasa pedih di bahagian tekaknya selepas makan biskut yang mengeluarkan asap apabila dimakan atau nama 'Dragon Breath', lapor Astro Awani.

Menurut mangsa, Mohd Aiman Mohd Ridwan berkata, dia masih menahan pedih di bahagian tekaknya walaupun sudah lebih 30 jam berlalu selepas dia memakan biskut berjenama 'Dragon Breath' itu.

Kejadian berlaku apabila Ibunya, Nordiana Yaacob, 45, telah membeli biskut berkenaan di sebuah gerai di bazar larut malam Uptown di sini, Jumaat lalu dengan harga RM10 semangkuk.

Dia yang menuang biskut berasap berkenaan atas tangannya sebelum makan menyedari sesuatu yang pelik apabila tapak tangannya terasa pedih apabila terkena cecair 'biskut berasap' itu.

Selepas itu beliau mendapati tapak tangannya kelihatan seperti melecur di mana terbentuk gelembung air bisa seperti terkena air panas.

"Saya makan biskut yang keempat dan pada masa yang sama bila makan terasa pedih dalam mulut," kata Mohd Aiman.


Persatuan Pengguna Kedah dalam satu kenyataan mengesahkan mereka telah menerima laporan berkenaan.

Menurut mereka pemakanan ini hanyalah satu hiburan kepada anak-anak muda ini kerana ia akan mengeluarkan asap melalui hidung dan mulut apabila makanan tersebut dimasukkan kedalam mulut

"Selepas kejadian yang menimpa remaja tersebut, ramai yang bertanyakan kepada kami mengenai keselamatan makanan ini kepada kanak-kanak dan remaja kerana rata-rata penggemar makanan ini adalah dikalangan mereka."

"Hasil kajian Persatuan Pengguna Kedah mendapati bahawa peniaga menggunakan cecair gas nitrogen untuk memastikan makanan tersebut mengeluarkan asap. Nitrogen sering digunakan untuk membekukan makanan dan minuman. Selain itu ianya digunakan sebagai pengawet sel reproduksi dan menyimpan sampel biologi," jelas mereka.

Pihak Persatuan juga menyatakan jika cecair nitrogen ini digunakan dalam makanan tentunya ia akan cair dalam badan kita dan akan membahayakan kesihatan tubuh badan. Antara kesan keatas tubuh badan adalah

1. Menganggu peraliran darah
2. Kualiti Oksigen dalam badan menurun
3. Kelenjar Tiroid tidak berfungsi dengan baik
4. Risiko Penyakit Kanser
5. Vitamin A berkurangan
6. Membuat perut meledak
7. Mudah sesak nafas djdanchef

"Laporan seorang remaja di Persatuan Pengguna Kedah yang mendakwa bahawa tangannya telah tersentuh cecair Nitrogen tersebut dan telah menyebabkan dua jarinya mengelembung dan membengkak."

"Ini menunjukkan kesan cecair Nitrogen keatas tubuh manusia. Ini adalah trending anak muda yang tidak sihat," jelas mereka lagi.

Oleh yang demikian, Persatuan Pengguna Kedah membangkitkan isu ini bagi keselamatan makanan pengguna. Pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagi tindakan lanjut. 


HOTTT!! EASY TECHNIC TO GET MONEY WITH PRINTING BUSINESS.CLICK BANNER BELOW

Viral Cendol Abang Kacak Plan B Ipoh

Viral Cendol Abang Kacak Plan B Ipoh



Selepas Nasi Lemak Anak Dara, kini perniagaan menjual cendol di Ipoh pula mencuri perhatian netizen di negara ini seterusnya menjadi viral di media sosial.

Beberapa keping foto yang memaparkan lelaki terbabit - dalam keadaan sedang membungkus cendol - mencuri perhatian ramai di laman Twitter.

Menurut pemuat naik gambar terbabit yang dikenali sebagai Farah Liyana, sesiapa yang datang ke Ipoh patut mencuba cendol lelaki berkenaan. djdanchef

"Bukan senang nak cari cendol yang sedap and tukang buat dia handsome! Only in ipoh!! So sesiapa yang pergi ipoh you should try this cendol😍", tulis Liyana.

Bersama kapsyen itu, Liyana memuat naik empat foto lelaki berkenaan:





Setakat ia dimuat naik pada jam 10 pagi hari ini, tweet itu mendapat lebih 4,000 retweet dan lebih 2.4 likes dan ia dijangka akan terus naik.

Memandangkan Liyana tidak menyatakan nama perniagaan cendol lelaki itu, jadi kami membuat keputusan untuk memanggilnya 'Cendol Abang Kacak' sahaja. 

sumber Siakap Keli


HOTTT!! EASY TECHNIC TO GET MONEY WITH PRINTING BUSINESS.CLICK BANNER BELOW